PENJENAYAH siber mempunyai akses kepada pertanyaan pemilik asal serta memungkinkan pertanyaan maklumat sensitif pengguna termasuk maklumat peribadi dan korporat.
PENJENAYAH siber mempunyai akses kepada pertanyaan pemilik asal serta memungkinkan pertanyaan maklumat sensitif pengguna termasuk maklumat peribadi dan korporat.
Muhammad Saufi Hassan


KEMUNCULAN bot perbualan pintar seperti ChatGPT memberi 'trend' atau landskap baharu dalam dunia teknologi, malah idea berkenaan mungkin akan digunakan secara lebih meluas pada masa depan.

Bagaimanapun, wujud ancaman nyata iaitu teknologi berkenaan mungkin 'pisau dengan dua mata' iaitu mempunyai sisi positif serta negatif, sama seperti teknologi lain.

Sejak Disember tahun lalu, firma kajian keselamatan siber, Check Point Research (CPR) membangkitkan isu keselamatan berkaitan ChatGPT serta implikasi keselamatan siber secara menyeluruh.

Terkini, CPR memberi amaran bahawa terdapat peningkatan dalam perdagangan akaun premium untuk ChatGPT yang dicuri atau digodam pihak ketiga.

Ini memberi penjenayah siber akses kepada pertanyaan pemilik asal serta memungkinkan pertanyaan maklumat sensitif pengguna termasuk maklumat peribadi dan korporat, selain membolehkan penjenayah siber mengatasi sekatan 'geofencing OpenAI'.

Pengurus Kumpulan Perisikan Ancaman CPR, Sergey Shykevich berkata, teknologi kecerdasan buatan (AI) ialah alat yang berkuasa.

"Pada perisian Check Point, kami menggunakan AI dalam 'ThreatCloud' kami untuk mengesan dan menyekat serangan siber dalam masa nyata.

"Malangnya, penjenayah siber juga adalah pengguna awal AI. Sejak Disember tahun lalu, CPR memberi amaran bahawa ChatGPT juga mempunyai implikasi terhadap keselamatan siber.

KEMUNCULAN bot perbualan pintar seperti ChatGPT memberi ‘trend’ atau landskap baharu dalam dunia teknologi.
KEMUNCULAN bot perbualan pintar seperti ChatGPT memberi ‘trend’ atau landskap baharu dalam dunia teknologi.

"Kini, kami juga melihat pasaran yang semakin berkembang untuk akaun premium ChatGPT yang dicuri di web gelap yang mempunyai potensi implikasi utama untuk privasi peribadi dan korporat," katanya kepada #ITMetro.

Pada masa sama, CPR menyatakan kebimbangan ChatGPT 4.0 baharu iaitu pasaran untuk akaun premium yang dicuri.

Firma berkenaan memberi amaran bahawa terdapat peningkatan dalam perdagangan akaun premium ChatGPT yang dicuri, yang membolehkan penjenayah siber mengatasi sekatan 'geofencing OpenAI' dan mendapat akses tanpa had kepada ChatGPT.

CPR memberi amaran bahawa terdapat peningkatan dalam perdagangan akaun premium untuk ChatGPT yang dicuri atau digodam pihak ketiga.
CPR memberi amaran bahawa terdapat peningkatan dalam perdagangan akaun premium untuk ChatGPT yang dicuri atau digodam pihak ketiga.

Pasaran pengambilalihan akaun (ATO), akaun yang dicuri untuk perkhidmatan dalam talian yang berbeza, adalah salah satu pasaran yang paling berkembang pesat dalam penggodaman bawah tanah dan dalam web gelap.

Secara tradisinya, tumpuan pasaran ini adalah pada akaun perkhidmatan kewangan yang dicuri (bank, sistem pembayaran dalam talian dan lain-lain), media sosial, tapak web jani temu dalam talian, e-mel dan banyak lagi.

Sejak Mac lalu, CPR menyaksikan peningkatan dalam perbincangan dan perdagangan akaun ChatGPT yang dicuri, dengan tumpuan pada akaun premium.

Ia membabitkan kebocoran dan penerbitan bukti kelayakan percuma ke akaun ChatGPT, perdagangan akaun ChatGPT premium yang dicuri dan alat 'Bruteforcing' dan 'Checkers' untuk ChatGPT, alatan yang membenarkan penjenayah siber menggodam akaun ChatGPT dengan menjalankan senarai besar alamat e-mel dan kata laluan, cuba meneka kombinasi yang betul untuk mengakses akaun sedia ada.

WUJUD ancaman nyata iaitu ChatGPT mungkin mempunyai sisi positif serta negatif, sama seperti teknologi lain.
WUJUD ancaman nyata iaitu ChatGPT mungkin mempunyai sisi positif serta negatif, sama seperti teknologi lain.

Selain itu, akaun ChatGPT sebagai perkhidmatan khusus yang menawarkan pembukaan akaun premium ChatGPT, kemungkinan besar menggunakan kad pembayaran yang dicuri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2023 @ 7:00 AM