DUNIA teknologi pada hari ini diperkenalkan dengan satu 'perkakas' yang sangat berkuasa iaitu ChatGPT yang dibina oleh OpenAI pada Disember tahun lalu.
DUNIA teknologi pada hari ini diperkenalkan dengan satu 'perkakas' yang sangat berkuasa iaitu ChatGPT yang dibina oleh OpenAI pada Disember tahun lalu.
Muhammad Saufi Hassan


DUNIA teknologi pada hari ini sudah diperkenalkan dengan satu 'perkakas' yang sangat berkuasa iaitu ChatGPT yang dibina oleh OpenAI pada Disember tahun lalu.

Platform ini dikuasakan dengan bot perbuatan (chatbot) kecerdasan buatan (AI) dan akan menjawab sebarang pertanyaan daripada pengguna.

Berbeza dengan platform enjin carian, setiap kata kunci yang dicari akan memaparkan ratusan juta atau bilion maklumat dalam satu saat secara bercampur aduk, namun itu tidak berlaku jika menggunakan ChatGPT.

ChatGPT hanya memaparkan maklumat yang dicari pengguna dan menjawab setiap pertanyaan yang berkaitan dengan soalan pengguna.

Nama ChatGPT itu adalah daripada 'Chat - Generative Pre-Training Transformer (Pengubah Generatif Pra-Latihan)', sekali gus nama ringkasnya adalah ChatGPT.

Dibangunkan oleh OpenAI pada Disember tahun lalu, ia adalah perkakas internet yang paling menjadi tumpuan pada masa kini dan menjadi 'tools' penting pada masa depan untuk pengguna internet.

PLATFORM ini dikuasakan dengan bot perbuatan (chatbot) AI dan menjawab sebarang pertanyaan daripada pengguna.
PLATFORM ini dikuasakan dengan bot perbuatan (chatbot) AI dan menjawab sebarang pertanyaan daripada pengguna.

Platform ChatGPT ini mengubah landskap kepenggunaan internet dan pengguna tidak lagi perlu berserabut dengan jutaan atau bilion maklumat yang mahu dicari sebaliknya hanya menggunakan ChatGPT, setiap persoalan itu dijawab berdasarkan soalan dan tidak lagi menggunakan

'relatable keyword'.

Enjin carian konvensional menggunakan kata kunci yang berkaitan untuk memaparkan carian dan keadaan itu agak 'berserabut' bagi pengguna kerana perlu menekan setiap satu pautan yang dipaparkan.

Bagaimanapun, ketika penulis menguji ChatGPT dengan maklumat berasaskan statistik, ada kelemahan yang agak ketara memandangkan kebanyakannya adalah data lama.

Bagaimanapun, platform ini berasaskan kepada AI dan setiap input yang diberikan pengguna akan ditambah baik oleh sistem AI itu sendiri pada masa depan.

CHATGPT masih di peringkat ‘latihan’, namun ia memberi kesan kepada pengguna khususnya yang mahu mencari maklumat spesifik.
CHATGPT masih di peringkat ‘latihan’, namun ia memberi kesan kepada pengguna khususnya yang mahu mencari maklumat spesifik.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, ChatGPT ini adalah perkakas paling berkuasa untuk masa depan khusus bagi pengguna internet kerana ia memaparkan jawapan berasaskan kepada soalan pengguna.

"Walaupun pada ketika ini, ChatGPT masih di peringkat 'latihan' dan bukan versi penuh lagi, namun ia sudah memberi kesan kepada pengguna khususnya yang mahu mencari maklumat spesifik.

"Pada ketika ini, ChatGPT ini boleh kita katakan 'masih belum matang', namun hasil teknologi AI ini, ia akan belajar dengan sendiri setiap carian pengguna dan menjadikan carian lebih komprehensif pada masa depan.

"Platform ini sangat berbeza dengan enjin carian seperti Google dan sebagainya kerana platform konvensional berkenaan memaparkan kata kunci berkaitan yang bersifat pelbagai," katanya.

Siraj berkata, untuk ChatGPT, ia hanya akan memaparkan maklumat yang dicari oleh pengguna seumpama pengguna sedang berbual dengan seseorang mengenai sesuatu topik.

PLATFORM ChatGPT ubah landskap kepenggunaan internet.
PLATFORM ChatGPT ubah landskap kepenggunaan internet.

"Contoh mudah adalah saya taip 'Apa itu lohong hitam', jika saya menggunakan soalan berkenaan menerusi platform enjin carian, ia akan memaparkan bilion maklumat berkaitan dengannya seperti jurnal, berita, penemuan dan kajian pakar.

"Jika saya taip soalan berkenaan menerusi ChatGPT, ia akan memaparkan jawapan asas mengenai lohong hitam atau fakta berkenaan lohong hitam tanpa paparan kelam-kabut," katanya.

Menurutnya, perkakas ChatGPT ini menjadi lebih berkuasa pada masa depan apabila sistem AI yang digunakan sudah matang dengan kepelbagaian maklumat terkini.

Katanya, ini juga adalah salah satu daripada aspek revolusi industri 4.0 apabila semuanya bersifat automasi dan penggunaan AI secara menyeluruh.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2023 @ 7:00 AM