OnePlus Nord CE3 Lite 5G
OnePlus Nord CE3 Lite 5G
Muhammad Saufi Hassan


Pengeluar peranti pintar, OnePlus mengumumkan peranti baharu kelas pertengahan iaitu OnePlus Nord CE3 Lite 5G bersama-sama dengan fon telinga tanpa wayar, OnePlus Nord Buds 2.

  Menerusi peranti OnePlus Nord CE3 Lite 5G berkenaan, ia dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 695 yang didatangkan dengan cip terbina 5G.

  Peranti ini didatangkan dengan tetapan dua kamera iaitu sensor utama berkeupayaan 108 megapiksel (MP) bersama-sama dengan sensor 2MP 'depth-assist'.

  Pada masa sama, peranti ini turut dilengkapi dengan kamera swafoto 16MP untuk menghasilkan imej lebih jelas.

  OnePlus Nord CE3 Lite 5G ini mempunyai kapasiti bateri 5,000mAh bersama keupayaan pengecas pantas 65W SuperVOOC dengan tempoh pengecas 30 minit untuk kapasiti bateri 80 peratus.

  Menyentuh aspek lain, keluasan skrin ini 6.72 inci dengan paparan 120Hz Definisi Penuh (FHD) dengan 91 peratus nisbah skrin kepada kerangka.

  Peranti ini menggunakan OxygenOS 13.1 dan pengguna tidak akan mengalami gangguan ketika sebarang pelancaran aplikasi selain permainan.

  Pada masa sama, OnePlus turut mengumumkan fon telinga daripada generasi Nord yang dilengkapi dengan teknologi BassWave selain pemacu 12.4 milimeter (mm) untuk memberikan kejelasan bunyi serta bass yang padat.

  Peranti ini juga didatangkan dengan beberapa mod antaranya adalah sistem bunyi 'balanced', 'Serenade', 'bass', dan beberapa mod lain.

  Untuk pengecas penuh bagi OnePlus Nord Buds 2 ini, ia mampu bertahan tujuh jam tanpa kerangka pengecas dan mampu bertahan lebih 36 jam.

  Ia turut dilengkapi dengan pembatalan hingar aktif (ANC) dan turut mendapat penarafan IP55.

  Tanda harga untuk OnePlus Nord CE3 Lite 5G (8GB/256GB) RM1,099 manakala untuk OnePlus Nord Buds 2 adalah RM329.


  

Spesifikasi

Pemproses: Qualcomm Snapdragon 695

Memori: 8GB

Tetapan kamera: 108MP + 2MP

Bateri: 5,000mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2023 @ 11:55 AM