Muhammad Saufi Hassan


Vivo Malaysia melancarkan dua peranti pintar menerusi barisan produk Vivo V20 yang menampilkan spesifikasi terkini selain keupayaan kamera.

  Dua variasi berkenaan adalah Vivo V20 dan Vivo V20 Pro yang mempunyai kelainan daripada aspek padanan spesifikasi.

  Menyentuh spesifikasi Vivo V20 Pro, peranti berkenaan menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 765G yang dipadankan bersama memori (RAM) 8GB.

  Peranti berkenaan hadir sdengan skrin berkeluasan 6.44 inci paparan AMOLED dan storan 128GB yang sangat mencukupi untuk sebarang penyimpanan fail.

  Vivo V20 Pro menggunakan tetapan kamera tiga lensa dengan lensa utama berkeupayaan merakam imej 64 megapiksel (MP) manakala kamera swafoto 44MP sesuai untuk semua golongan pengguna.

  Paling menarik, peranti ini turut menyokong sambungan telekomunikasi Generasi Kelima (5G) serta didatangkan dengan bateri kapasiti 4,000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari dengan kepenggunaan optimum.

  Telefon pintar ini menyokong sistem pengecasan pantas 33W sekali gus memudahkan pengguna tidak perlu menunggu lama untuk masa pengecasan panjang.

  Bagi variasi Vivo V20 pula menggunakan pemproses Snapdragon 720G dan keluasan skrin yang sama dengan siri V20 Pro termasuk padanan memori serta storan.

  Tanda harga yang ditawarkan untuk Vivo V20 adalah RM1,499 dan Vivo V20 Pro 5G pada harga RM1,899.

Spesifikasi Vivo V20 Pro

Pemproses: Snapdragon 765G

RAM: 8GB

Storan: 128GB

Kamera: Tetapan tiga lensa dengan sensor utama 64MP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 10:40 PM