GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhammad Saufi Hassan

 

Kuala Lumpur: Pengguna aplikasi pesanan masa kini, Telegram berdepan dengan masalah sambungan sejak sejam lalu dan perkara itu disahkan oleh pengendali aplikasi berkenaan.

  Menerusi satu ciapan akaun rasmi pengendali aplikasi berkenaan, Telegram Messenger memaklumkan bahawa pengguna di rantau Asia menghadapi masalah sambungan.

  Pengendali aplikasi itu memaklumkan bahawa usaha untuk membaik pulih sedang giat dilaksanakan dan memohon pengguna aplikasi itu supaya bersabar.

  Pada masa sama, pengguna di beberapa kawasan rantau Asia menghadapi masalah untuk menghantar mesej, gambar, klip video dan sambungan kepada aplikasi terbabit.

  Sehingga kini, Telegram mempunyai 400 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan aplikasi pesanan keenam paling popular selepas WhatsApp, Facebook Messenger, WeChat, QQ dan Snapchat.

  Aplikasi berkenaan masih dianggap yang paling selamat kerana menggunakan mesej terkod antara pengguna.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 9:17 PM