Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Platform mesej popular iaitu WhatsApp akan menghentikan sokongan terhadap 49 peranti pintar lama termasuk dua daripada iPhone dan tujuh daripada model Samsung Galaxy bermula 31 Disember ini.

  Pengguna yang terkesan akan menerima mesej notifikasi daripada pengendali platform berkenaan bahawa sokongan terhadap aplikasi berkenaan akan dihentikan.

  WhatsApp akan menyokong sistem operasi Android versi 4.1 dan yang terbaharu manakala untuk iPhone adalah sistem operasi iOS 12 serta yang terbaharu.

  Pengguna sistem operasi Linux iaitu KaiOS juga akan menerima sokongan bermula daripada versi 2.5.0 dan yang terbaharu saja.

  Platfrom WhatsApp mempunyai dua bilion pengguna aktif di seluruh dunia menjadikan antara aplikasi mesej paling popular.

  Peranti yang terkesan antaranya adalah iPhone 5 serta iPhone 5c manakala tujuh model Samsung Galaxy berkenaan adalah yang dilancarkan pada 2013 dan terdahulu.

  WhatsApp menyatakan bahawa ia adalah operasi biasa dan pihaknya perlu memastikan aplikasi itu berada pada tahap keselamatan terbaik serta memerlukan naiktaraf keselematan setiap masa.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2022 @ 8:51 PM