Afiq Hanif

Samsung memperkenalkan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ warna Sunrise Gold (emas) yang menyerlah bahagian belakang dengan kilauan keemasan.

Ia boleh dibeli sekarang di kedai Samsung Experience atau secara ‘online’ di laman web Samsung Malaysia pada harga RM3,109 (64GB) dan RM3,769 (128GB).

Ia sekali gus menjadikan enam warna tambahan bagi dua model telefon terbabit selain biru, hitam dan ungu yang dikeluarkan sebelum ini.

S9 dan S9+ memberi anda kebebasan untuk mengawal representasi warna skrin. Peranti berkenaan mempunyai empat pilihan warna default serta bar untuk mengawal suhu.

Selain itu, anda juga boleh mengaktifkan pilihan lebih hebat dan menyesuaikan spektrum RGB (merah, hijau, biru) untuk kesesuaian mata anda.

SAMSUNG GALAXY S9, S9+

• HARGA: RM3,109 (64GB) dan RM3,769 (128GB)

• PAPARAN: 5.8 inci (S9), 6.2 inci (S9+)

• KAMERA: 12MP (S9), 12MP+12MP (S9+)

• KAMERA DEPAN: 8MP

• PEMPROSESAN: 10nm 64bit octa core (2.7 GHz + 1.7 GHz)

• RAM: 4GB (S9), 6GB (S9+)

• BATERI: 3000mAh (S9), 3500mAh (S9+)

• CIRI: Samsung Pay

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Julai 2018 @ 1:08 PM