Afiq Hanif


WARNA ungu, emoji AR dan kamera berkuasa tinggi. Itu yang ditawarkan Samsung menerusi dua telefon terbaru iaitu Galaxy S9 dan Galaxy S9+.

Samsung buat pertama kali turut memperkenalkan pilihan warna ungu yang dikatakan trend warna untuk tahun ini di samping tiga warna lain iaitu hitam, kelabu dan biru.

Galaxy S9 dan Galaxy S9+ juga dilengkapi kamera dengan sistem yang membezakan terang atau gelap apabila merubah apertur f2.4 kepada f1.5 pada waktu gelap.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ turut didatangkan dengan Super Slo Mo 960fps.

Super slo mo juga boleh dijadikan fail GIF, dan lebih menarik wallpaper bagi peranti Galaxy S9 dan Galaxy S9+.

Kali ini, Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan emoji AR yang lebih realistik, malah anda boleh mencipta emoji dengan wajah sendiri.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan sistem audio hasil kerjasama dengan AKG dan Dolby Atmos yang membawa audio lebih kuat tanpa pembesar suara tambahan.

Galaxy S9 mempunyai skrin 5.8 inci QuadHD+ curved super AMOLED 18.5:9 manakala Galaxy S9+ pula 6.2 inci dengan format sama.

Selain itu, Galaxy S9 mempunyai kamera 12MP AF di belakang dengan 8MP f1.7 di depan, tetapi Galaxy S9+ lebih hebat dengan dwi kamera (lengkap OIS) dengan satu lensa sudut lebar 12MP manakala satu lagi telefoto 12MP f2.4.

Kamera depan Galaxy S9+ lengkap 8MP f1.7.

Galaxy S9 dan Galaxy S9+ masing-masing mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh dan 3500mAh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Februari 2018 @ 1:02 AM
MODEL menunjukkan telefon terbaru Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+. Emoji AR menghasilkan imej lebih realistik (gambar kecil).