Wan Nur Ameera Meor Rozman

Instagram baru-baru ini memperkenalkan ciri baru iaitu ‘Last active’ yang membenarkan pengikut anda melihat jam terakhir anda log masuk ke aplikasi sosial berkenaan.

Atau lebih tepat, waktu terakhir anda log masuk akan terpapar pada direct mail atau Instagram Direct setiap rakan (yang anda berinteraksi).

Tetapi jangan keliru. Waktu berkenaan bukan menunjukkan kali terakhir anda log masuk ke seksyen mesej terbabit, sebaliknya menunjukkan jam terakhir anda log masuk ke aplikasi Instagram.

Bagaimanapun, anda tidak perlu khuatir kerana ciri ini boleh dimatikan. Hanya buka aplikasi Instagram anda. Kemudian:

1. Klik tiga titik bertindih untuk terus ke Setting akaun anda

2. Skrol ke bawah dan pilih Show activity status

3. Tekan butang yang disediakan. Jika kapsul bertukar warna kelabu, ia bermaksud fungsi berkenaan sudah dinyahaktifkan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Februari 2018 @ 11:18 AM