SHARKY yang setia.
SHARKY yang setia.
Hajahfarhana Tarmudi


Raikan kegembiraan tahun ini dengan kehadiran koleksi Coach Mascots Celebrate yang comel. Setiap tahun, pasti ada maskot yang ditonjolkan untuk membawa semangat dan keceriaan kepada peminat jenama itu.

Koleksi percutian di hujung tahun ini didatangkan dengan lima maskot berwarna-warni dan menarik. Kumpulan koleksi menarik itu diketuai sahabat setia, Sharky dan diikuti unikorn magis, Uni dan Doggy & Froggy.

Rexy adalah rakan pertama dan ketua yang berani selain mewakili semangat kehidupan yang boleh didapati dalam bentuk charm, perhiasan hinggalah penanda buku.

PERHIASAN maskot Rexy.
PERHIASAN maskot Rexy.

Diperkenalkan pada koleksi musim bunga 2017, maskot Sharky diilhamkan daripada filem tahun 1975, Jaws. Namun, maskot ini tidak menggerunkan malah antara rakan setia yang ceria.

Kali ini, ia berjaya menarik perhatian dengan penampilan warna terang dalam bentuk permainan puzzle, charm, bekas siling dan penanda buku.

Uni pula ada maskot terbaru jenama itu dan pastinya ia satu perkara menarik bagi individu yang meminati binatang magis berkenaan untuk dikumpulkan pada musim percutian kali ini.

MASKOT Uni yang comel.
MASKOT Uni yang comel.

Koleksi Doggy & Froggy juga adalah perhiasan terbaru jenama itu pada musim ini. Froggy mewakili atlet kelas dunia yang berimpian untuk beraksi di sukan Olimpik dalam sukan lompat jauh.

Kedua-dua maskot berkenaan boleh didapati dalam bentuk penanda buku, charm, bekas syiling dan banyak lagi.

PERHIASAN Doggy & Froggy untuk musim ini.
PERHIASAN Doggy & Froggy untuk musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2017 @ 10:31 AM