CHARM edisi terhad yang memaparkan logo Star Wars.
CHARM edisi terhad yang memaparkan logo Star Wars.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

Filem sains fiksyen, Star Wars sememangnya cukup terkenal di seluruh dunia.

Sebut sahaja watak seperti keluarga Skywalker, Yoda, Chewbacca, robot C-3PO, R2-D2 mahu pun karakter antogonis, Darth Vader, pasti ramai mengenalinya.

Justeru, bagi meraikan epik saga karya yang menarik imaginasi seluruh dunia itu, jenama barangan kemas terkenal, Pandora tampil dengan 12 koleksi menarik diilhamkan daripada karakter dan simbol filem berkenaan.

Pengarah Kreatif Pandora, Francesco Terzo dan A Filippo Ficarelli berkata, mereka ingin memanfaatkan nilai vintaj estetika dan futuristik Star Wars yang terkenal daripada trilogi asal hingga siri Disney+ terbaharu, The Mandolorian.

KAREKTER Chewbacca turut ditampilkan dalam koleksi berkenaan.
KAREKTER Chewbacca turut ditampilkan dalam koleksi berkenaan.

CHARM untuk kanak-kanak yang mewakili karakter terbaharu daripada siri Disney+, The Mandalorian.
CHARM untuk kanak-kanak yang mewakili karakter terbaharu daripada siri Disney+, The Mandalorian.

KAREKTER Darth Vader untuk penggemar watak Sith Lord.
KAREKTER Darth Vader untuk penggemar watak Sith Lord.

Kata Terzo dan Ficarelli, mereka bekerja keras untuk mengubah karakter dan simbol daripada filem itu menjadi perhiasan menarik hasil perincian teliti serta kemahiran teknik pakar pertukangan.

"Koleksi berkenaan diperbuat daripada 71 peratus logam kitar semula dan ia merangkumi 10 charm pelbagai simbol serta karakter, gelang dan charm istimewa edisi terhad yang bakal menjadi tumpuan pengumpulnya.

"Setiap rekaan dihasilkan dengan konsep teliti dan dikemaskan dengan kemasan tangan bagi menawarkan pilihan gaya yang maksimum," katanya Terzo yang turut diakui Ficarelli.

Mengulas lanjut, Naib Presiden Kanan, Francais dan Perlesenan Lucasfilm, Paul Southern berkata, koleksi yang diilhamkan galaksi Star Wars itu menyediakan pelbagai pilihan untuk disuai padan dengan penampilan penggemar setia siri filem berkenaan di seluruh dunia.

"Koleksi berkenaan berjaya menterjemahkan simbol dan karakter kesayangan daripada filem itu dalam bentuk barangan perhiasan," katanya.

Sementara itu, koleksi berkenaan sudah pun berada di pasaran dan bagi pengumpul charm mahu pun peminat setia filem itu, jangan ketinggalan untuk mendapatkannya.

GELANG menarik untuk dimiliki.
GELANG menarik untuk dimiliki.

ANTARA rekaan menarik untuk peminat setia filem Star Wars.
ANTARA rekaan menarik untuk peminat setia filem Star Wars.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 6:20 AM