MEER ketika melancarkan semula jenama Pandora.
MEER ketika melancarkan semula jenama Pandora.
Intan Mas Ayu Shahimi


PANDORA Malaysia baru-baru ini membuat pelancaran semula jenamanya dengan memberi penekanan terhadap penggunaan warna pengenalannya, merah jambu.

Seakan-akan penjelmaan semula Pandora dalam ragam fesyen tanah air, ia mengimbau kembali pesona gelang dengan butiran charm unik yang menjadi idaman ramai wanita sejak jenama itu mula diperkenalkan di negara ini.

Tampak jelas loket mini Pandora O diilhamkan daripada unsur ikonik dalam reka bentuk jenama itu sendiri. Ia memberi wanita lebih kuasa dan kebebasan untuk menyatakan apa yang mereka suka menerusi penggayaan tanpa had.

Menurut Pengerusi Pandora Malaysia dan Brunei, Datuk Seri Meer Habib, pelancaran itu dibuat bertepatan dengan pengenalan koleksi musim luruh 2019 yang baru.

“Pandora sentiasa sinonim dengan ekspresi diri dan pemerkasaan wanita. Kami berharap melihat lebih ramai wanita menghargai dan meraikan kualiti yang ada dalam diri mereka.

“Kami juga menjangkakan lebih banyak perkara baru akan berlaku di Pandora dengan pelancaran semula ini, termasuk penampilan visual yang segar dan mantap.

KOLEKSI unik buat peminat butiran charm.
KOLEKSI unik buat peminat butiran charm.

“Kami pilih merah jambu sebagai warna kunci pengenalan, menghidupkan kembali aura butiran charm dan mengemas kini ruang pameran untuk keselesaan serta pengalaman beli-belah yang lebih menarik,” katanya.

Jelas Meer, dia sendiri teruja dengan pelbagai kerjasama baru yang akan dimeterai dengan pelbagai pihak membabitkan selebriti, personaliti antarabangsa dan jenama besar seperti Disney.

Koleksi musim luruh menampilkan pilihan barang kemas menakjubkan. Pelbagai perincian menarik dalam kehidupan realiti dijelmakan kembali menerusi hasil ketukangan halus.

Antaranya termasuk gelang, anting-anting, cincin, loket dan butiran charm. Koleksi yang diilhamkan daripada daun oak tampak indah dengan siluet asimetri yang terperinci.

Menggabungkan keperibadian dengan reka bentuk yang inovatif dan abadi, koleksi musim ini bertujuan memberi suara kepada setiap wanita mengenai apa yang menjadikan diri mereka hari ini.

GAYA baru beri ruang wanita ekspresi diri.
GAYA baru beri ruang wanita ekspresi diri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Oktober 2019 @ 6:20 AM