KOLEKSI Eid Mubarak 2018 Fana Couture dilancarkan di Elit World, Istanbul, Turki .
KOLEKSI Eid Mubarak 2018 Fana Couture dilancarkan di Elit World, Istanbul, Turki .
Siti Nadirah Hafidzin

Bercirikan konsep mewah dan sempurna, jenama fesyen tempatan Fana Couture melebarkan sayap dalam industri fesyen Muslimah dengan melancarkan koleksi Eid Mubarak 2018 di Elit World, Istanbul, Turki baru-baru ini.

Koleksi terbaru itu menjanjikan kehalusan dan ketelitian dalam setiap rekaan tudung segera, baju kurung moden dan jubah yang dihasilkan lain daripada yang lain.

Menurut pengasas Fana Couture Faizal Nayan, setiap rekaan diberikan perhiasan tersendiri dan mempunyai potongan selesa bagi memberikan impak berbeza dan eksklusif kepada pemakai.

ANGGUN bergaya.
ANGGUN bergaya.

“Untuk koleksi terbaru ini, kami berusaha memastikan si pemakai bukan saja tampil menawan pada pagi raya, malah yang penting koleksi ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang memberi nilai ekslusif.

“Menggunakan kepelbagaian rona bermula daripada lembut juga cerah, setiap koleksi ini bakal menaikkan seri pemakai sekali gus mewujudkan emosi gembira pada hari lebaran,” katanya.

Faizal berkata, bagi koleksi tudung segera Damia yang mempunyai peminatnya sendiri, koleksi terbaru itu ditawarkan dalam corak menarik bagi mencuri hati setiap wanita.

LAIN daripada yang lain.
LAIN daripada yang lain.

“Kami yakin koleksi Eid Mubarak 2018 ini adalah yang terbaik dan berbaloi untuk dimiliki setiap wanita tanpa mengira usia, latar belakang dan status.

“Dengan tawaran harga mampu milik, koleksi ini bukan saja sesuai digayakan pada hari lebaran, malah boleh dipakai ketika menghadiri jemputan tertentu juga acara formal,” ujarnya ketika majlis pelancaran itu.

Majlis pelancaran itu dijalankan dengan kerjasama pereka fesyen ternama Turki, Lazaza Gulcan.

Tambah Faizal, pihaknya mengharapkan koleksi terbaru itu mampu melengkapi setiap keinginan wanita untuk tampil anggun sempena kedatangan Aidilfitri kelak.

CANTIK dan manis dipandang.
CANTIK dan manis dipandang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Mac 2018 @ 9:10 AM