AZMIR (memegang obor) bersama kontinjen larian obor.
AZMIR (memegang obor) bersama kontinjen larian obor.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Lebih 4,000 pelanggan dan kakitangan McDonald’s turut serta dalam senaman bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Stadium Bukit Jalil, baru-baru ini dan 15 lokasi berlainan sempena pelancaran #FitMcDonald’s, inisiatif baru untuk menggalakkan gaya hidup lebih sihat dalam kalangan kakitangan McDonald’s dan komuniti di Malaysia.

#FitMcDonald’s yang diilhamkanh platform FIT Malaysia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap untuk mengikut jejak visi FIT Malaysia dengan menjalankan pelbagai senaman dan aktiviti kecergasan seperti tarian senaman Zumba, Body Combat atau Sh’bam di 15 lokasi berlainan.

Aktivit ini disertai warga kerja ibu pejabat dan 262 restoran itu bersama ahli keluarga dan komuniti berdekatan.

Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, dengan pelancaran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, ia masa yang amat sesuai untuk melancarkan inisiatif seumpama ini.

Katanya, Malaysia antara negara yang menggemari sukan, namun semua pihak harus bersatu padu menyokong atlet negara untuk mencapai kecemerlangan, malah kita harus mendorong sesama sendiri untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat sama ada secara individu, keluarga atau dalam komuniti.

“Kesihatan tidak boleh dianggap sebagai destinasi terakhir, ia sepatutnya menjadi pilihan gaya hidup yang penting.

“Sebagai jenama restoran terkemuka di Malaysia, kami mahu #FitMcDonald’s menjadi platform yang boleh menggalakkan rakyat Malaysia mengambil langkah pertama ke arah kehidupan yang sihat, bermula dengan kakitangan kami yang mewakili jenama McDonald’s setiap hari,” katanya.

Pelancaran #FitMcDonald’s menyusuli hentian Larian Obor Kuala Lumpur 2017 yang diadakan di McDonald’s Putrajaya minggu lalu.

Larian Obor ke McDonald’s Putrajaya didahului oleh atlet Paralimpik McDonald’s, Muhammad Nabil Rosli yang memenangi pingat Perak untuk kategori Lari Pecut 100m di Sukan Paralimpiad Malaysia di Sarawak, tahun lalu.

Hentian di McDonald’s Putrajaya ialah acara terakhir daripada tiga acara hentian utama. Sebelum itu, McDonald’s menyediakan hidangan makanan restoran itu untuk pelari larian obor di 17 restoran lain di seluruh negeri.

Pada April lalu, McDonald’s menandatangani memorandum persefahaman bersama Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) sebagai penaja perak dan restoran rasmi untuk Kuala Lumpur 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2017 @ 8:35 AM