SEMINAR Motivasi Guru bersama Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang dianjurkan sejak 2016. FOTO Ihsan McDonald's Malaysia
SEMINAR Motivasi Guru bersama Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang dianjurkan sejak 2016. FOTO Ihsan McDonald's Malaysia
Mazizul Dani


Sejak awal kewujudan terutama selepas perniagaan berkembang maju kira-kira 145 tahun lalu, keluarga Alireza yang mengasaskan Haji Alireza Group, syarikat tertua dan disegani di Arab Saudi, sudah menabur bakti kepada masyarakat dunia.

Presiden Reza Group yang meneruskan legasi itu, Sheikh Abdullah Alireza berkata, keluarganya mula membina sekolah dan menyediakan air untuk jemaah haji sejak lebih satu abad lalu.

PENGURUS Besar RFS Abdulrahman Alireza (kiri) bersama Azmir dan Mohammed Alireza dalam satu pertemuan di Makkah.
PENGURUS Besar RFS Abdulrahman Alireza (kiri) bersama Azmir dan Mohammed Alireza dalam satu pertemuan di Makkah.

“Datuk saudara saya bina sekolah di Makkah, Jeddah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain yang dibiayai menggunakan wang poketnya sendiri kerana ketika itu tiada sekolah yang mengajar selain daripada agama.

“Keluarga kami juga memasang saluran paip dari Jeddah ke Makkah untuk menyalurkan air minuman kepada jemaah haji dari seluruh dunia,” katanya ketika ditemui Harian Metro semasa kunjungan ke sana anjuran McDonald’s Malaysia.

Jelas Sheikh Abdullah, projek saluran air itu kemudian diambil alih kerajaan manakala pembiayaan sekolah itu diteruskan menerusi Yayasan Al-Falah yang turut menerima sumbangan daripada komuniti setempat.

Ternyata benih amal kebajikan sudah pun subur dalam keluarga Alireza dan diteruskan sehingga kini termasuk oleh anak syarikat Reza Group iaitu Reza Food Services (RFS) yang diterajui Pengurus Besar, Abdulrahman Alireza.

RFS mengendalikan 102 restoran McDonald’s di selatan dan barat Arab Saudi termasuk 23 restoran di Makkah dan Madinah sejak 1994 sebelum menjadi pemegang Lesen Pembangunan (DL) untuk pasaran Malaysia dan Singapura sejak 1 Disember 2016 menerusi Lionhorn Pte Ltd.

McDonald's Malaysia menghargai jasa guru apabila mengadakan Anugerah Guru Inspirasi 2017. FOTO Ihsan McDonald's Malaysia
McDonald's Malaysia menghargai jasa guru apabila mengadakan Anugerah Guru Inspirasi 2017. FOTO Ihsan McDonald's Malaysia

Menerusi McDonald’s, aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) sudah sebati dalam kalangan 3,350 kakitangan mereka sebagai sebuah keluarga besar iaitu McFamily.

TIDAK ketinggalan membantu mangsa banjir di Segamat, Johor. FOTO Ihsan McDonald's Malaysia
TIDAK ketinggalan membantu mangsa banjir di Segamat, Johor. FOTO Ihsan McDonald's Malaysia

Pengarah Kanan Hal Ehwal Korporat RFS, Mohammed Alireza berkata, pelbagai kempen dan aktiviti kebajikan dilakukan termasuk ketika Ramadan.

“Kami anjurkan kempen Buku Ramadan apabila jualan buku dibuat di semua restoran dan wang hasil jualan disumbangkan ke badan kebajikan yang kami pilih.

“Sepanjang Ramadan juga, kami adakan kempen Sebarkan Kebaikan dengan setiap pembelian set Ramadan atau Ayam McArabia oleh pelanggan, McDonald’s akan derma satu hidangan nilai bagi pihak mereka kepada rumah kebajikan,” katanya.

Sementara itu, keluarga baru RFS iaitu Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd yang mengendalikan 260 restoran McDonald’s di seluruh Malaysia turut berkongsi dengan masyarakat menerusi CSR.

PROGRAM Sentuhan Kasih McDonald's Malaysia anjuran RMHC. FOTO Ihsan McDonald's Malaysia
PROGRAM Sentuhan Kasih McDonald's Malaysia anjuran RMHC. FOTO Ihsan McDonald's Malaysia

Pengarah Urusan merangkap Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, setiap aktiviti CSR yang dilakukan bertujuan mengukuhkan jalinan ukhuwah dengan komuniti setempat.

“Sebagai contoh pada Ramadan ini, kami mengadakan aktiviti bersama komuniti termasuk penuntut institusi pengajian tinggi dan jemaah masjid dalam program moreh.

“Pada 2016 saja, lebih 2,000 aktiviti sudah dilaksanakan seperti gotong-royong dan sumbangan makanan kepada anak yatim, rumah orang tua, aktiviti sukan, acara sekolah, acara komuniti dan hari guru manakala sehingga Mei tahun ini, kita dah jalankan lebih 1,800 aktiviti di peringkat komuniti,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Restoran McDonald’s Putrajaya.

Kakitangan McDonald's menyampaikan makanan kepada sebahagian jemaah  selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Zaid Bin Haritsah pada program Moreh Bersama McDonald's.
Kakitangan McDonald's menyampaikan makanan kepada sebahagian jemaah selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Zaid Bin Haritsah pada program Moreh Bersama McDonald's.

McDonald’s juga memberi bantuan kepada mangsa kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pada Oktober tahun lalu dan bersama Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Ronald McDonald (RMHC) menyediakan bantuan seperti barangan makanan, tuala dan beg sekolah kepada 350 mangsa banjir di Kota Bharu dan 300 di Segamat pada Januari lalu.

Azmir yang juga Presiden RMHC berkata, menerusi inisiatif itu mereka membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari segi kesihatan dan juga pembelajaran dengan membiayai sepenuhnya kos pengurusan dan pentadbiran.

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) McDonald’s Malaysia

* Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Ronald McDonald (RMHC) - Misi memperkayakan kehidupan kanak-kanak kurang bernasib baik dengan membantu mereka dalam tiga bidang utama iaitu kesihatan, pendidikan dan kebajikan.

* Rumah Ronald McDonald - Program utama RMHC iaitu rumah perantaraan bagi menyediakan kemudahan penginapan kepada pesakit pediatrik dan ahli keluarga mereka. Terletak di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

* Bilik Sensori Ronald McDonald - Bilik yang didirikan untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan menggunakan peralatan multi-deria khas.

* Ronald McDonald Gift of Smile - Program yang dilancarkan untuk mengembalikan senyuman kanak-kanak yang dilahirkan dengan sumbing bibir dan lelangit.

* Program Biasiswa Ronald McDonald - Menyediakan bantuan kewangan bagi pelajar cemerlang daripada golongan keluarga berpendapatan rendah.

* McDonald’s mengadakan kutipan derma untuk mangsa gempa di Ranau, Sabah pada 2015 termasuk sekolah.

* Anugerah Guru Inspirasi - Mengiktiraf guru yang memberi inspirasi demi pembelajaran dan pelajar mereka.

* Seminar Motivasi untuk guru dengan Datuk Fadzilah Kamsah sejak 2016

* Menggajikan lebih 120 pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) di restoran

* Terbabit dengan program CEO Faculty bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Tanggungjawab sosial korporat (CSR) McDonald’s Arab Saudi

* Jeddah Basketball - McDonald’s menyumbang 10 Riyal (SAR10) untuk setiap mata yang dikutip semasa kejohanan itu dan berjaya kumpul 10,000 Riyal. McDonald’s dan Kejohanan Tokyo gandakan kepada 20,000 Riyal.

* Larian McMile - Larian maraton sejauh 1 batu atau 1.6 kilometer (km) ini adalah inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup seimbang yang disertai semua peringkat usia.

* Happy Meal Box Artist - Kanak-kanak berusia tiga hingga 10 tahun berpeluang melukis kotak Happy Meals dan hasil kerja tiga peserta akan dipilih sebagai pereka kotak Happy Meals seterusnya.

* Himpunan Harapan - Program yang diaktifkan setiap kali tiba Ramadan supaya menjadi saat yang sukar dilupakan bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

* Lawatan ke hospital - Ziarah pesakit di hospital ketika hari cuti dan acara kebangsaan dengan menyediakan hiburan dan memberikan hadiah kepada pesakit.

* Buku Kebajikan - Buku kanak-kanak dijual dengan harga 10 Riyal setiap satu. Wang hasil jualan disumbangkan kepada 11 badan amal iaitu 1.22 juta Riyal pada 2014 dan 1.455 juta Riyal pada 2015.

* Sebarkan Kebaikan - 30 episod kartun diterbitkan pada Ramadan 2015 yang menyebarkan mesej bahawa setiap sumbangan individu tidak kira apa bentuk akan memberi kesan positif.

* Selamanya Masa Keluarga - Inisiatif tahunan menggalakkan orang ramai untuk mematikan telefon bimbit, komputer dan televisyen dan menghabiskan masa dengan keluarga mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2017 @ 4:19 PM