ANGGUN dan memikat boleh digayakan ke pejabat dan acara rasmi.
ANGGUN dan memikat boleh digayakan ke pejabat dan acara rasmi.
CETAKAN corak selendang daripada lokasi percutian yang pernah dikunjungi.
CETAKAN corak selendang daripada lokasi percutian yang pernah dikunjungi.
KEMASAN pada bahagian tepi tudung memberikan kelainan kepada pemakai.
KEMASAN pada bahagian tepi tudung memberikan kelainan kepada pemakai.
WARNA pastel menjadi pilihan dan sesuai digayakan dengan sebarang warna baju.
WARNA pastel menjadi pilihan dan sesuai digayakan dengan sebarang warna baju.
Siti Zarinah Sahib


Berdasarkan pengalaman sendiri, bagi memastikan tudung digayakan kekal cantik dan terletak ‘anggun’ di kepala memerlukan sedikit masa. Apatah lagi sekiranya ia jenama berbeza daripada yang pernah dipakai sebelum ini. Jadi keserasian bergantung kepada fabrik digunakan.

Mengambil kira masalah segelintir wanita berkerjaya dan ibu, mendorong Diyana Halik mengeluarkan jenama tudung yang lebih mudah dan tidak memerlukan masa yang lama memadankannya.

Mengambil inspirasi daripada kegemarannya yang gemar melancong ke luar negara, Diyana memperkenalkan siri koleksi percutian menggunakan cetakan lokasi yang dikunjungi sebagai salah satu rekaan pengenalannya. Antara yang mendapat sambutan adalah selendang inspirasi percutian ke Jepun, Korea, Paris dan sekitar negara Eropah yang memiliki banyak tempat menarik serta catatan sejarah tersendiri.

“Untuk setiap koleksi saya hanya mengambil apa menarik perhatian lantas diterapkan dalam lukisan yang kemudian dipadankan dalam rekaan tudung. Misalnya di Jepun sudah pasti bunga sakura ditonjolkan yang kelihatan sangat manis terutama bagi mereka menyukai corak flora dan fauna,” katanya.

Katanya, rungutan pelanggan terutama wanita yang inginkan penggayaan ringkas setiap pagi namun masih mengekalkan kejelitaan mendorong isteri kepada pelakon Aaron Aziz ini mengeluarkan tudung segera yang mudah digunakan. Ia hanya memerlukan masa beberapa minit dan wanita tampil bergaya serta elegan dalam apa juga padanan.

Sebagai pengeluar tudung, apa yang menjadi keutamaan adalah fabrik digunakan. Apatah lagi wanita sangat mementingkan keselesaan dan ketahanan dalam memilih tudung kegemaran mereka.

“Kebanyakan pelanggan tidak kisah berbelanja asalkan mereka mendapat apa yang diinginkan. Untuk itu saya menawarkan koleksi tudung daripada pelbagai fabrik terutama kapas lycra premium, satin matte premium dan sifon premium yang sedikit tebal, lebih lembut serta terletak cantik mengikut bentuk wajah pemakai,” katanya.

Secara tidak langsung koleksi Diyana Halik memberi tumpuan kepada kesederhanaan dari segi reka bentuk, pemilihan fabrik dan cara pemakaian tudung yang tidak kompleks namun masih mengekalkan gaya elegan wanita.

Walaupun memilih rona pastel sebagai asas dalam rekaan, wanita ini turut mengeluarkan tudung daripada rona yang mudah dipadankan dengan busana seperti warna asas pada ton lebih gelap.

Harga ditawarkan di antara RM75 hingga RM169 dan boleh didapati di butik Diyana Halik Kota Damansara dan menerusi dalam talian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2017 @ 9:01 AM