MUDAH dan pantas digayakan ke mana saja.
MUDAH dan pantas digayakan ke mana saja.
Hajahfarhana Tarmudi


Sesetengah wanita menolak mengenakan selendang kerana beranggapan ia sukar diuruskan dan tidak bersesuaian dengan bentuk wajah mereka.

Tidak dinafikan, seiring dengan kehendak wanita masa kini yang ingin bergaya pantas dan mudah, terdapat pelbagai jenama selendang di pasaran mula direka dengan pelbagai cara serta inovasi.

Namun, perkara yang membezakan setiap satu rekaan adalah dari aspek perincian, material dan corak digunakan.

MUDAH, KEMAS

Tidak mahu ketinggalan dalam memberi pilihan kepada pengguna mengenakan selendang dengan cara yang mudah, label Diyana Halik menampilkan beberapa versi selendang segeranya.

Boleh digayakan mengikut keselesaan dan kreativiti sendiri, koleksi selendang segera jenama itu sememangnya memudahkan pemakai bergaya kemas dalam tempoh singkat.

Koleksi Lush Satin didatangkan dalam dua versi sama ada polos ataupun bercorak selain rekaan siri Travel. Siri Travel antara koleksi selendang yang paling digemari pemilik jenama Diyana Halik kerana setiap corak yang dicetak diilhamkan berdasarkan lokasi digemari dan pernah dikunjungi Diyana.

Ia menggunakan fabrik satin premium dalam pilihan warna pastel dan garang, bersesuaian dengan cita rasa pengguna yang pelbagai. Ciri rekaan selendangnya kelihatan anggun namun masih dapat menonjolkan gaya minimal dan ringkas.

Selendang segera yang mudah dan pantas digayakan itu menggunakan material berkualiti iaitu satin premium yang boleh didapati secara dalam talian atau berkunjung ke butiknya yang terletak di The Strand, Kota Damansara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2017 @ 1:23 AM