KERETA sorong itu merekodkan kelajuan 84 kilometer sejam (km/j). FOTO Agensi
KERETA sorong itu merekodkan kelajuan 84 kilometer sejam (km/j). FOTO Agensi
Agensi

London: Seorang mekanik dari Pembrokeshire, England, Dylan Phillips mencatatkan Rekod Dunia Guinness (GWR) baharu untuk kereta sorong terpantas di dunia, dengan kelajuan sehingga 52 batu sejam atau kira-kira 84 kilometer sejam (km/j).

Memetik laporan Oddity Central, idea kereta sorong bermotor yang sangat laju itu tercetus di sebuah pub. Namun, Phillips, sebagai orang yang suka bermain-main, memutuskan bahawa ia hanyalah 'projek gila'.

Mekanik berusia 38 tahun itu mula membuat kereta sorong itu di bangsalnya di Crymych, Pembrokeshire, dan tidak lama kemudian, dia menghasilkan model kenderaan berkenaan.

Kereta sorong itu merekodkan kelajuan 37 batu sejam (kira-kira 59 km/j) ketika ujian pemanduan. Phillips mengetahui bahawa rekod dunia untuk kereta sorong terpantas adalah 46 batu sejam (kira-kira 74 km/j), jadi dia memutuskan untuk memecahkan rekod berkenaan

Phillips kemudian memecahkan rekod itu pada acara Straightliners Speed Week 2024 di Elvington Airfield di Yorkshire, dan kenderaan itu merekodkan kelajuan 52 batu sejam atau 84 km/j.

Kelajuan itu mungkin tidak begitu mengagumkan untuk kereta atau motosikal, tetapi ia sangat pantas dan berbahaya untuk kereta sorong dengan hanya brek roda hadapan.

Rekod itu disahkan GWR pada Mei lalu, tetapi setakat ini sangat sedikit butiran teknikal mengenai kereta sorong bermotornya itu didedahkan kepada umum.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 3:01 PM