KAKITANGAN perubatan membuka wad kecemasan di kawasan parkir Rambam Health Care Campus (RHCC) in Haifa pada 12 Oktober. FOTO AFP
KAKITANGAN perubatan membuka wad kecemasan di kawasan parkir Rambam Health Care Campus (RHCC) in Haifa pada 12 Oktober. FOTO AFP
Bernama-AA

Geneva: Pesawat membawa bekalan perubatan untuk penduduk Semenanjung Gaza mendarat di Mesir, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu.

"Sebuah pesawat dengan bekalan perubatan untuk menyokong keperluan kesihatan di Gaza mendarat di Al Arish, Mesir, dekat sempadan Rafah.

"Kami sedia untuk menghantar bekalan sebaik sahaja akses kemanusiaan di sempadan dibuka," kata Tedros Adhanom Ghebreyesus di X, lapor Agensi Anadolu.

Pejabat WHO di wilayah Palestin yang diduduki berkata bekalan yang tiba di Al Arish itu dapat memenuhi keperluan lebih 300,000 penduduk.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu berkata bilangan rakyat Palestin yang terbunuh sejak serangan udara Israel di pada 7 Oktober lalu, meningkat kepada 2,215 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Oktober 2023 @ 8:54 PM