LIDIA Shiryaeva bersama cucu yang dibunuhnya dan lelaki tidak dikenali. FOTO Agensi.
LIDIA Shiryaeva bersama cucu yang dibunuhnya dan lelaki tidak dikenali. FOTO Agensi.
Agensi

Moscow: Mahkamah di Rusia menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun terhadap seorang wanita kerana membunuh anak perempuannya yang kurang upaya dan tiga cucu dengan meletakkan racun dalam makanan.

Tertuduh, Lidia Shiryaeva dalam pengakuannya memberitahu mahkamah dia melakukan pembunuhan kejam itu kerana terbeban apabila perlu menjaga mereka.

Sebelum pembunuhan pada Disember 2021 itu, suami Lidia meninggal dunia akibat kemalangan dan anak perempuannya yang berusia 23 tahun menderita cerebral palsy.

Cucunya berusia tiga, lima dan tujuh tahun pula adalah anak kepada anak lelakinya yang sibuk bekerja, manakala ibu kanak-kanak itu tidak menjaga mereka.

Lidia bersama mangsa, mendiang suaminya, anak lelaki dan abang yang kurang upaya tinggal serumah di perkampungan Aleksandrovka, di daerah Marxovsky, Saratov Oblast.

Media tempatan melaporkan kematian suami memberi kesan kepada Lidia serta mendorongnya melakukan jenayah itu.

Pemeriksaan kesihatan menunjukkan Lidia berfikiran waras ketika jenayah dilakukan, yang mana ia sukar diterima anak lelakinya.

Lidia hanya mengaku melakukan kesalahan itu pada musim panas lalu, dengan berkata, "ketika semua orang sedang leka, saya keluar rumah dan mengambil sepeket racun."

"Saya tahu ada racun disimpan dalam kereta suami. Saya tambahnya ke dalam sup dan kacau. Kemudian saya beri cucu dan anak saya makan," katanya.

Keterangan Gambar:

LIDIA Shiryaeva bersama cucunya yang menjadi mangsa bunuh. FOTO Agensi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2023 @ 2:39 PM