PESAWAT pejuang /A-18E Super Hornet. FOTO AP
PESAWAT pejuang /A-18E Super Hornet. FOTO AP
BERNAMA

Moscow: Seorang juruterbang jet pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terbunuh apabila pesawat berkenaan terhempas di Gurun Mojave, tenggara California, media melaporkan pada Sabtu memetik pegawai tentera.

Pesawat pejuang F/A-18E Super Hornet dari stesen udara tentera laut Lemoore terhempas pada petang Jumaat di bandar San Bernardino, selatan California, Sputnik memetik laporan penyiar KABC-TV.

Kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang waktu tempatan, kata laporan itu.

Pasukan keselamatan tentera laut dan anggota bomba dari stesen senjata udara tentera laut China Lake dikerahkan ke lokasi kemalangan, menurut laporan itu.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Jun 2022 @ 4:04 PM