CHARLES Walker maut dalam nahas jet pejuang pada Rabu lepas. FOTO/AGENSI
CHARLES Walker maut dalam nahas jet pejuang pada Rabu lepas. FOTO/AGENSI
Reuters

LOS ANGELES: Juruterbang tempur yang maut dalam nahas jet pejuang di Taman Negara Death Valley di California dikenal pasti oleh Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) semalam sebagai Leftenan Charles Walker yang berkhidmat dalam angkatan bersenjata selama 10 tahun lalu.

Walker,33, terbunuh apabila pesawat F/A-18E Super Hornet pesawat satu kerusi, terjunam pada Rabu lepas semasa melakukan latihan ketinggian-rendah dalam kawasan Rainbow Canyon di taman itu, kira-kira 210 kilometer barat Las Vegas.

Kematiannya disahkan oleh Tentera Laut pada keesokannya namun punca kematian masih disiasat.

Walker bertugas dengan Tentera Laut pada 2008 dan mencapai pangkat leftenan pada Januari 2013, menurut jurucakap pangkalan Stesen Angkatan Laut AS Lemoore, Leftenan Komander Lydia Bock.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 12:31 PM