Polis mengosongkan sekolah selepas kejadian seorang guru  Karen Elaine Smith, 53, dan murid ditembak oleh Cedric Anderson, 53.  - Foto REUTERS/Agensi
Polis mengosongkan sekolah selepas kejadian seorang guru Karen Elaine Smith, 53, dan murid ditembak oleh Cedric Anderson, 53. - Foto REUTERS/Agensi
AP

San Bernardino, California: Seorang guru wanita dan seorang murid terbunuh manakala seorang lagi cedera parah selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah sekolah di sini, hari ini.

Lelaki itu yang kemudian dikenal pasti sebagai bekas suami guru wanita terbabit, juga terbunuh selepas menembak dirinya

Polis mengenal pasti lelaki itu sebagai Cedric Anderson, 53, dari Riverside, California, dan pernah berkahwin selama beberapa dengan guru berkenaan, Karen Elaine Smith, 53, sebelum berpisah.

Dia memberitahu pengawal Sekolah North Park mahu menghantar barang kepada Karen dan terus ke kelas guru berkenaan dan menembak mangsa. Tembakannya bagaimanapun, turut mengenai dua murid yang berdiri dekat guru berkenaan.

Menurut polis, dua murid itu yang cedera dikejarkan ke hospital namun seorang daripadanya yang berusia lapan tahun meninggal dunia manakala seorang lagi yang berusia sembilan tahun berada dalam keadaan kritikal.

Jurucakap polis, Kapten Ron Maass berkata, pihaknya percaya dua murid itu bukan sasaran serangan.

Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa mengosongkan sekolah yang mempunyai 600 murid itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2017 @ 7:52 AM