PESAWAT MiG-21 Bison milik IAF. FOTO Wikipedia.
PESAWAT MiG-21 Bison milik IAF. FOTO Wikipedia.
Agensi

New Delhi: Pesawat pejuang Tentera Udara India (IAF) terhempas di barat Rajasthan, India, lapor agensi berita Xinhua yang memetik media tempatan.

Pesawat itu terhempas pada Jumaat ketika menjalani latihan malam.

"Kira-kira 8.30 malam (waktu tempatan), pesawat MiG-21 milik IAF terbabit kemalangan udara di bahagian barat ketika menjalani latihan.

"Masih menunggu maklumat lanjut," kata IAF dalam satu kenyataan.

Laporan media tempatan yang memetik polis memaklumkan pesawat itu terhempas di kawasan Taman Negara Gurun di daerah Jaisalmer, Rajashtan.

Sementara itu, Hindustani Times melaporkan juruterbang pesawat Komander Harshit Sinha terkorban dalam tragedi itu.

Ia kematian ketiga dalam lima nahas membabitkan pesawat berkenaan tahun ini.

Pada 8 Disember, sebuah helikopter tentera terhempas di kawasan Coonoor di daerah Nilgiris, kira-kira 538 kilometer barat daya Chennai, Tamil Nadu, mengorbankan Ketua Pertahanan India, Jeneral Bipin Rawat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Disember 2021 @ 11:50 AM