PENDUDUK melihat roket yang tidak meletup di halaman rumahnya di utara Kyiv. FOTO Reuters
PENDUDUK melihat roket yang tidak meletup di halaman rumahnya di utara Kyiv. FOTO Reuters
Reuters

Kyiv: Seramai 3,810 orang berjaya dipindahkan dari bandar-bandar Ukraine semalam menerusi inisiatif badan kemanusiaan, Interfax.

Memetik pegawai kanan Agensi Interfax Ukraine sebagai berkata, jumlah itu lebih kecil berbanding kumpulan yang diselamatkan pada Rabu lalu.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk dalam satu taklimat berkata, kira-kira 2,000 orang berjaya meninggalkan bandar Mariupol yang terkepung.

Sementara itu, Presiden Volodymyr Zelenskiy mengesahkan, lebih 60,000 orang dari beberapa pekan dan bandar dipindahkan pada Rabu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2022 @ 10:11 AM