POLIS menutup laluan di Colosseum, Rom, ketika malam tahun baharu. FOTO EPA
POLIS menutup laluan di Colosseum, Rom, ketika malam tahun baharu. FOTO EPA
Reuters

Rom: Itali merekodkan 61,046 kes baharu Covid-19, semalam berbanding 141,262 kes sehari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan.

Penurunan mendadak itu dicatatkan menerusi saringan ujian, manakala jumlah harian kematian berkaitan Covid-19 meningkat kepada 133 daripada 111 orang.

Itali mencatatkan 137,646 kematian yang dikaitkan dengan virus itu sejak wabak itu muncul pada Februari tahun lalu dan melaporkan 6.3 juta kes setakat ini.

Pesakit di hospital dengan Covid-19 tidak termasuk mereka dalam unit rawatan rapi (ICU) berjumlah 11,756 orang, semalam meningkat berbanding 11,265 sehari sebelumnya.

Terdapat 104 kemasukan baharu ke ICU berbanding 135 orang pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, jumlah pesakit di ICU meningkat iaitu 1,319 orang berbanding 1,297 sebelumnya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 January 2022 @ 10:10 AM