GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Reuters

Paris: Perancis mencatatkan 219,126 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Sabtu.

Ia empat hari berturut-turut negara itu mencatatkan lebih 200,000 kes sehari.

Jumlah kes semalam adalah yang kedua tertinggi selepas Jumaat mencatatkan 232,200.

Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata bahawa beberapa minggu akan datang akan menjadi sukar berikutan lonjakan jangkitan baru-baru ini.

Purata pergerakan tujuh hari kes baharu di Perancis melonjak hampir lima kali ganda dalam sebulan.

Sementara itu di Itali, sebanyak 141,262 kes baharu pada Sabtu dengan 111 kematian manakala 144,243 kes sehari sebelum ini, menurut Kementerian Kesihatan.

Sehingga kini, 137,513 kematian akibat Covid-19 direkodkan sejak Februari 2020 dengan 6.267 juta kes sehingga kini.

Terdapat 11,265 pesakit Covid-19 sedang mendapatkan rawatan di hospital tidak termasuk mereka yang berada di unit rawatan rapi (ICU).

Jutaan ujian mengesan Covid-19 dijalankan setiap hari.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 4:32 PM