GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

Paris: Covid-19 telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2.86 juta individu maut setakat ini selepas ia muncul buat pertama kali di China pada Disember 2019.

Berdasarkan angka dikumpul AFP dari sumber rasmi, sekurang-kurangnya 131.712 juta kes jangkitan dicatatkan di seluruh dunia.

Sebahagian besar mereka yang dijangkiti sembuh sepenuhnya namun, terdapat segelintir lagi masih mengalami gejala dalam tempoh beberapa minggu dan bulan selepas dijangkiti.

Pada Isnin, sebanyak 7,262 kematian baharu dicatatkan dengan 479,809 kes direkodkan di seluruh dunia.

Berdasarkan laporan terkini, negara yang mencatatkan kematian tertinggi adalah Brazil dengan 1,319 kematian baharu diikuti India (446) dan Ukraine (430).

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah 555,615 kematian daripada 30.8 juta kes.

Selepas AS, Brazil berada di kedudukan kedua dengan 332,752 kematian daripada 13.01 juta kes.

Mexico berada di kedudukan ketiga dengan 204,399 kematian (2.25 juta kes) diikuti India (165,547 kematian, 12.7 juta kes) dan United Kingdom (126,862 kematian, 4.4 juta kes).

Negara yang mencatatkan kematian tertinggi berbanding jumlah populasi adalah Republik Czech dengan 254 kematian setiap 100,000 penduduk, diikuti Hungary (229), Bosnia-Herzegovina (212), Montenegro (210) dan Belgium (200).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 April 2021 @ 7:02 PM