Kate Middleton bersama suaminya, Putera William dan tiga anak mereka iaitu Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis bersama Raja Charles III dan Ratu Camilla, FOTO AFP
Kate Middleton bersama suaminya, Putera William dan tiga anak mereka iaitu Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis bersama Raja Charles III dan Ratu Camilla, FOTO AFP
AFP

London: Puteri Wales, Catherine atau dikenali Kate membuat kemunculan buat pertama kali di khalayak umum pada Sabtu sejak disahkan menghidap kanser dengan menghadiri perarakan tentera di bandar ini untuk sempena ulang tahun keputeraan Raja Charles III.

Kate menaiki kereta bersama tiga anaknya pada permulaan acara tahunan sebelum menonton prosiding istiadat dari sudut pandangan.

Bakal ratu berusia 42 tahun itu kemudian muncul di balkoni Istana Buckingham dengan orang ramai bersorak dari bawah.

Difahamkan, sudah tiga bulan Kate tidak membuat kemunculan selepas puteri itu mendedahkan menerima rawatan kemoterapi.

Kate tidak pernah dilihat pada di khalayak umum sejak Hari Natal tahun lalu.

Dalam satu kenyataan pada petang Jumaat, Kate berkata keadaannya bertambah baik dengan rawatan yang ditetapkan untuk beberapa bulan lagi, tetapi belum pulih sepenuhnya

"Saya tidak sabar untuk menghadiri Perarakan Hari Keputeraan Raja hujung minggu ini bersama keluarga saya dan berharap dapat menyertai beberapa acara di khalayak umum pada musim panas," tambah puteri itu.

Pengumuman penyakit Kate dibuat hanya beberapa minggu selepas pendedahan berita ketua negara British Charles juga menderita akibat kanser.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mendedahkan jenis kenser yang dihidapi.

Charles, 75, diberi lampu hijau untuk menyambung semula tugas awam pada April, selepas doktor memaklumkan perkembangan baiknya.

Kemunculan pertamanya adalah bertemu kakitangan dan pesakit di pusat rawatan kanser London.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 10:57 AM