NOTIS arahan penjarakan fizikal sebagai langkah pencegahan Covid-19, di Lapangan Terbang Gimpo, Korea Selatan. FOTO EPA
NOTIS arahan penjarakan fizikal sebagai langkah pencegahan Covid-19, di Lapangan Terbang Gimpo, Korea Selatan. FOTO EPA
BERNAMA

New York: Jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi angka empat juta iaitu sebanyak 4,000,269 pada Rabu, lapor Xinhua.

Menurut Universiti Johns Hopkins lebih 185 juta kes dilaporkan pada 9.21 malam waktu tempatan (0121 GMT, Khamis).

Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 33,769,829 kes dan 606,215 kematian, menyumbang lebih 18 peratus daripada jumlah kes global dan lebih 15 peratus kematian.

Brazil pula mencatatkan 528,540 kematian diikuti India sebanyak 404,211.

Negara yang mencatatkan lebih 120,000 kes kematian termasuk Mexico, Peru, Rusia, Britain dan Itali.

Kematian Covid-19 di dunia mencecah satu juta pada 28 September 2020, dua juta pada 15 Januari 2021 dan melebihi tiga juta pada 17 April 2021.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Julai 2021 @ 1:14 PM