PETUGAS tapak perkuburan memakai peralatan perlindungan untuk mengurus jenazah mangsa mati akibat Covid-19 di Rio de Janeiro, Brazil. FOTO AFP.
PETUGAS tapak perkuburan memakai peralatan perlindungan untuk mengurus jenazah mangsa mati akibat Covid-19 di Rio de Janeiro, Brazil. FOTO AFP.
AFP

Paris: Sejumlah 4,001,437 kes Covid-19 dicatatkan di seluruh dunia ketika ini, menurut pengiraan AFP berdasarkan sumber rasmi.

Setakat semalam, wabak itu juga mengorbankan 277,127 orang sejak ia mula dikesan di China pada penghujung tahun lalu.

Amerika Syarikat teruk dilanda pandemik itu dengan 78,320 kematian, diikuti Britain 31,587 kematian, Itali (30,395), Spain (26,478) dan Perancis 26,310 kematian.

Bagi Russia, Presidennya Vladimir Putin tidak mengumumkan perkembangan terkini kes Covid-19 ketika berucap sempena hari tamat Perang Dunia Kedua yang acara sambutannya ditangguhkan.

Namun, negara itu kini dikelaskan sebagai negara kelima terjejas wabak dan 10,000 kes baharu dilaporkan setiap hari, minggu ini.

Pihak berkuasa India pula menggunakan dron dan jentera bomba untuk disinfeksi bandar Ahmedabad di barat berikutan peningkatan kes dan mempunyai 5.5 juta penduduk.

Syarikat Penerbangan Perancis memulakan langkah memeriksa suhu badan sebelum penumpang dan anak kapal sebelum dibenarkan menaiki pesawat, Isnin lalu.

Pihak berkenaan dilapor berhak melarang mana-mana pihak memasuki pesawat jika suhu badan terlalu tinggi.

Tindakan hampir sama dilakukan Britain yang mungkin mewajibkan semua ketibaan antarabangsa menjalani kuarantin 14 hari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 10:26 AM