GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Paris: Covid-19 telah meragut hampir empat juta nyawa sejak mula dikesan di China pada Disember 2019.

Menurut angka yang dikumpul AFP berdasarkan sumber rasmi, sekurang-kurangnya 3,919,801 individu maut dan lebih 180,725,470 kes jangkitan positif direkodkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan jumlah sebenar kes jangkitan mungkin dua atau tiga kali ganda lebih tinggi berbanding angka direkodkan berikutan banyak kematian dilaporkan turut berkait secara tidak langsung dengan Covid-19.

Malah, banyak kes tanpa gejala tidak dimasukkan dalam angka harian.

Berdasarkan laporan terkini, negara yang mencatatkan kematian baru tertinggi adalah Brazil dengan 1,593 kematian, diikuti India (1,258) dan Colombia (693).

Amerika Syarikat (AS) masih kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 603,891 kematian daripada 33,621,535 kes positif.

Selepas AS, negara lain yang turut mencatatkan angka tinggi adalah Brazil dengan 512,735 kematian dan 18,386,894 kes; diikuti India (395,751 kematian; 30,233,183 kes); Mexico (232,521 kematian; 2,503,408 kes) dan Peru (191,584 kematian; 2,046,057 kes).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Jun 2021 @ 10:05 PM