BORIS Johnson. FOTO fail EPA
BORIS Johnson. FOTO fail EPA
AFP

London: Perdana Menteri Britain Boris Johnson menjalani kuarantin kendiri selepas seorang individu yang pernah mempunyai kontak dengannya disahkan positif Covid-19.

"Beliau masih bekerja dari Downing Street, termasuk mengetuai usaha negara dalam menangani pandemik Covid-19," kata jurucakap Downing Street.

Johnson, 56, pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital di negara itu, pada April, selepas dijangkiti Covid-19.

Ketika itu, beliau mendakwa jangkitan itu bertambah teruk kerana terlebih berat badan.

Johnson kemudian hilang berat badan sebanyak 12 kilogram.

Pengumuman berkenaan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan sekumpulan ahli Parlimen di Downing Street, pada Khamis.

Seorang daripadanya mengalami gejala sebelum disahkan positif virus berkenaan.

Setakat ini, Britain menjadi negara Eropah paling terjejas dengan pandemik itu dengan merekodkan lebih 50,000 kematian daripada 1.2 juta kes positif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2020 @ 9:19 AM