SEORANG penumpang Air New Zealand didenda kerana membuang air kecil dalam cawan semasa pesawat. FOTO Agensi
SEORANG penumpang Air New Zealand didenda kerana membuang air kecil dalam cawan semasa pesawat. FOTO Agensi
Agensi

Sydney: Seorang penumpang Air New Zealand didenda kerana membuang air kecil dalam cawan ketika pesawat dalam proses menurunkan penumpang selepas mendarat di Lapangan Terbang Sydney.

The New Zealand Herald melaporkan insiden itu berlaku selepas pesawat melakukan penerbangan tiga jam dari Auckland pada Disember lalu.

Mahkamah Sydney menjatuhi hukuman denda sebanyak 600 dolar Australia (kira-kira RM1,875) terhadap lelaki berusia 53 tahun itu kerana kelakuan menyinggung perasaan pada Februari lalu.

Namun, insiden itu hanya mendapat perhatian umum pada Jumaat lalu apabila laman web berita New Zealand Stuff melaporkan seorang penumpang wanita dikenali sebagai Hollv mendedahkan dia sudah melaporkan tingkah laku lelaki itu kepada kru pesawat.

Wanita itu berkata, dia dan anak perempuannya berusia 15 tahun sedang duduk di tempat duduk di bahagian tepi lorong pesawat dan kerusi tengah apabila lelaki di kerusi tingkap yang namanya tidak didedahkan tiba-tiba dilihat sedang membuang air kecil dalam cawan.

Holly berkata, pesawat itu berada di atas landasan selama kira-kira 20 minit, dan menunggu pintu masuk terminal dibuka, dia mendengar bunyi jelas penumpang itu membuang air kecil di dalam cawan, lapor New Zealand Stuff.

Dia berkata lelaki itu 'jelas agak mabuk' dan menumpahkan air kencing pada seorang pramugari ketika dia meninggalkan pesawat, lapor laman web berita itu.

Polis Persekutuan Australia dalam satu kenyataan berkata, pegawai mengeluarkannya dari pesawat kerana dia "kencing ke dalam cawan semasa di tempat duduknya."

Sementara itu, Air New Zealand berkata ia tidak mengulas mengenai insiden individu.

Sebaliknya kes seumpamanya, ia berkata pihaknya melarang antara lima dan 10 pelanggan setiap bulan kerana tingkah laku yang mengganggu termasuk mabuk.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2024 @ 2:39 PM