JAMEEL Alexander Thermiotis menyarung cincin di jari isterinya, Puteri Iman di majlis di istana di barat ibu kota Amman. FOTO AFP
JAMEEL Alexander Thermiotis menyarung cincin di jari isterinya, Puteri Iman di majlis di istana di barat ibu kota Amman. FOTO AFP
AFP

Amman: Anak perempuan Raja Jordan Abdullah II, Puteri Iman melangsungkan perkahwinan dengan seorang akauntan berketurunan Yunani.

Majlis perkahwinan pasangan terbabit diadakan di istana di barat ibu kota Amman, pada Ahad.

Media tempatan menyiarkan upacara pernikahan itu yang menyaksikan Puteri Iman disatukan dengan Jameel Alexander Thermiotis.

Upacara pernikahan itu turut dilangsungkan di hadapan raja, permaisuri dan ahli keluarga diraja serta keluarga pengantin lelaki.

Dilahirkan pada 1996, Puteri Iman ialah puteri sulung kepada Raja Abdullah dan Permaisuri Rania.

Puteri Iman berkelulusan dari Universiti Georgetown di Washington, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Thermiotis dilahirkan pada 1994 di Venezuela dalam keluarga yang berasal dari Greece, dan bekerja sebagai akauntan di New York.

Istana diraja Jordan mengumumkan pertunangan mereka pada Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2023 @ 11:36 AM