KEADAAN HTMS Sukhotha. FOTO Tentera Laut Diraja Thailand/ AFP
KEADAAN HTMS Sukhotha. FOTO Tentera Laut Diraja Thailand/ AFP
AP

Bangkok: Sebuah kapal tentera laut Thailand dilaporkan karam di Teluk Siam, pada Isnin.

Kejadian berlaku ketika kapal perang itu dalam rondaan di laut, kira-kira 20 batu nautika dari jeti di daerah Bangsaphan di wilayah Prachuap Khiri Khan.

Berikutan itu, sebuah kapal serta helikopter dikerahkan untuk menyelamatkan anak kapal.

Sehingga tengah hari semalam, 75 anak kapal diselamatkan, manakala 31 masih hilang , kata tentera laut.

Angin kencang membawa air laut ke korvet HTMS Sukhothai dan menyebabkan sistem elektriknya terputus pada petang Ahad.

Tentera Laut Diraja Thai menghantar tiga kapal frigat dan dua helikopter dengan mesin pam mudah alih untuk membantu kapal karam itu mengalirkan semula air laut.

Bagaimanapun, cubaan itu gagal kerana angin kencang.

Kehilangan kuasa membolehkan lebih banyak air masuk dalam kapal dan menyebabkannya tenggelam.

Ketika utara dan tengah Thailand mengalami suhu paling sejuk tahun ini, kawasan selatan Thailand dilanda ribut dan banjir sejak kebelakangan ini.

Berikutan itu, kapal diberi amaran untuk tidak belayar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2022 @ 2:08 PM