SARANG lebah
SARANG lebah
AFP

Sydney: Pergerakan lebah di Tenggara Australia dihalang pada Isnin, susulan pihak berkuasa kini sedang berusaha menangani penularan wabak parasit yang berpotensi memusnahkan serangga itu.

Hama Varroa dikesan di Pelabuhan Newcastle, mendorong pihak berkuasa di New South Wales untuk mengetatkan zon biosekuriti.

Australia dikatakan satu-satunya negara pengeluar madu utama yang mana hama Varroa bukan endemik.

Untuk menghentikan penularan, penjaga di dalam zon biosekuriti dalam jarak 50 kilometer (31 batu) tidak boleh dapat memindahkan sarang, lebah atau madu sehingga diberitahu kelak.

Jabatan Industri Utama negeri berkata, langkah untuk yang diambil adalah memastikan parasit dapat dibasmi.

Hama kecil berwarna merah-coklat menyerang dan memakan lebah madu – membunuh seluruh koloni, walaupun bukan lebah asli Australia.

"Adalah penting untuk memastikan penjaga lebah di kawasan Newcastle tidak memindahkan sebarang sarang atau peralatan ke dalam atau keluar dari kawasan itu.

"Tindakan mengalih sarang hanya akan memburukkan lagi keadaan dan menjadikan usaha pembasmian sia-sia," kata Majlis Lebah Madu Australia.

Selain daripada industri madu, lebah adalah penting dalam proses pendebungaan tumbuhan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2022 @ 4:03 PM