GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
Agensi

London: Pencuri madu lebah di Britain kembali aktif menggunakan dron sebagai cubaan menceroboh dan mencuri hasil madu di ladang ternakan lebah komersial di negara itu .

Daily Star melaporkan, pencuri itu menggunakan dron untuk ke ladang dan rumah terpencil lain yang sarang lebahnya tersembunyi dari jalan raya. Kecurian menyebabkan ramai penternak lebah komersial gulung tikar.

Sebaik sahaja sarang lebah mereka diceroboh oleh dron dan dirompak, mereka serta-merta kehilangan semua keuntungan madu mereka.

Guy Williams, 60, dari Skidbrooke, Lincs, berhenti memelihara lebah selepas 20 tahun kerana haiwan peliharaannya itu dicuri lima kali.

Dia percaya pencuri berkenaan adalah profesional kerana mengambil jenis lebah yang menghasilkan lebih banyak madu.

"Jelas sekali mereka tahu apa yang mereka lakukan. Mereka tidak berminat untuk mengambil sarang atau mana-mana peralatan.

"Mereka hanya berminat untuk mencuri madu lebah," katanya.

Polis tidak dapat mengesan suspek dan Guy kini sudah menjual baki lebah, sarang, peralatannya dan balang madu.

Guy percaya dia menjadi sasaran dron pengintip kerana sarangnya tidak kelihatan dari jalan raya atau trek berhampiran. Sejak 2011, jutaan lebah dicuri di seluruh Britain.

Sekurang-kurangnya 135 sarang diceroboh dengan dengan West Mercia dan Lincolnshire adalah titik panasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Mei 2023 @ 4:21 PM