AKSI pemuda yang mencuri coli dan seluar dalam dirakam CCTV. FOTO Istimewa
AKSI pemuda yang mencuri coli dan seluar dalam dirakam CCTV. FOTO Istimewa
Agensi

Banyuwangi (Jawa Timur): Tindakan seorang lelaki yang memakai kain sarung dan berkopiah, di sini, mencuri coli dan seluar dalam berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV), sebelum tular di media sosial.

Aksi yang dirakam video berdurasi 2 minit 32 saat itu menunjukkan pemuda terbabit dilihat dengan pantas mengambil sejumlah coli dan seluar dalam yang dijemur pemilik rumah di Desa Bangsring, Wongsorejo, Banyuwangi.

Dalam beberapa saat, lelaki itu dilihat sempat memilih coli dan seluar dalam yang dijemur, malah sempat mencium pakaian dalam itu sebelum keluar dari kawasan rumah dan melarikan diri dengan motosikal.

Pemilik rumah, Ikhwan Arief berkata, kes kecurian itu berlaku kira-kira 1 pagi 17 Jun lalu, ketika beliau sedang memberikan tazkirah.

"Selesai memberi tazkirah, saya menyangka masih ada anak muda yang berkumpul. Tetapi hari sudah lewat malam. Saya juga mendengar ada orang berjalan," katanya kepada detikJatim, pada Rabu.

Dia bagaimanapun curiga apabila mendengar bunyi tapak kaki di belakang rumah, sebelum mengintai melalui tingkap.

Namun, dia tidak nampak sesiapa di situ sebelum terdengar bunyi enjin motosikal.

"Saya kemudian memeriksa CCTV, dan mendapati seorang lelaki mencuri coli dan seluar dalam," katanya.

Ikhwan berkata, lelaki berkenaan memakai kain sarung dan kopiah berwarna hitam serta memakai jaket.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, Ikhwan membuat laporan kepada polis Wongsorejo.

Beliau berharap pihak polis dapat menangkap pelaku dan kejadian itu tidak berulang.

"Kami berharap pelaku dapat ditangkap supaya keluarga tidak bimbangkan keselamatan masing-masing," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2022 @ 2:56 PM