MASJIDILHARAM. FOTO fail AFP
MASJIDILHARAM. FOTO fail AFP
Agensi

Jeddah: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membangunkan portal yang membolehkan jemaah dari Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Australia boleh mendaftar ibadat haji 2022 secara elektronik lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA), pada Isnin.

Portal itu menampilkan pelbagai pilihan pakej, perkhidmatan sokongan dan pusat komunikasi berbilang bahasa yang dibuka sepanjang masa, lapor Arab News.

Ia juga membenarkan visa dikeluarkan secara elektronik, dan jemaah haji yang ingin menunaikan haji boleh mendaftar terus di www.motawif.com.sa.

Tahun ini, jemaah haji mestilah berumur di bawah 65 tahun dan diberi vaksin Covid-19 sepenuhnya.

Mereka juga mesti mengemukakan ujian PCR negatif yang diambil sebelum berlepas ke tanah suci. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang belum menunaikan haji sebelum ini.

Portal itu adalah sebahagian daripada strategi kementerian untuk berkongsi pengalaman digital jemaah haji.

"Usaha ini bertujuan memudahkan prosedur dan menyediakan harga yang kompetitif untuk jemaah haji dari negara-negara berkenaan," kata kementerian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2022 @ 9:43 AM