MASJIDILHARAM. FOTO fail AFP
MASJIDILHARAM. FOTO fail AFP
Agensi

Riyadh: Jemaah umrah bebas memilih mana-mana lapangan terbang untuk tiba dan berlepas dari Arab Saudi.

Portal Gulf News melaporkan, menurut Kementerian Haji dan Umrah, tiada lapangan terbang khusus untuk ketibaan jemaah.

Mereka boleh masuk dan keluar melalui mana-mana lapangan terbang antarabangsa atau wilayah di negara itu.

Kementerian itu berkata, jemaah umrah boleh tinggal di kota suci itu sehingga 90 hari dan bebas bergerak antara Makkah, Madinah dan semua bandar lain.

Jemaah haji boleh memohon visa umrah melalui platform elektronik yang diluluskan untuk tujuan itu, kata kementerian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2022 @ 2:45 PM