Masjidilharam, Makkah. FOTO fail AFP
Masjidilharam, Makkah. FOTO fail AFP
BERNAMA

Makkah: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam usaha memilih individu berkelayakan untuk menunaikan haji tahun ini dan akan menghantar pesanan teks ringkas kepada jemaah yang memenuhi syarat.

Dalam kenyataan kepada Saudi Press Agency (SPA), Pembantu Setiausaha kementerian itu Hisham bin Abdel Moneim Saeed berkata, 558,000 pemohon domestik sudah mendaftar secara talian pada fasa pertama untuk ibadat itu, membabitkan 51 peratus jemaah lelaki dan 49 peratus lagi jemaah wanita.

Katanya, pusat data Haji dan Umrah negara itu juga sudah memproses permohonan dalam tempoh sepuluh hari bekerja.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Julai 2021 @ 4:44 PM