Masjidilharam, Makkah. FOTO fail AFP
Masjidilharam, Makkah. FOTO fail AFP

Makkah: Kerajaan Arab Saudi, hari ini, mengumumkan kebenaran pelaksanaan ibadah haji pada tahun ini.

Berita gembira itu dilaporkan media Arab Saudi selain dimaklumkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melalui ciapan di Twitter rasmi kementerian itu.

"#Haji2021 akan berlangsung tahun ini dengan mematuhi semua langkah keselamatan dan pencegahan," kata kementerian berkenaan.

Arab News melaporkan perincian mengenai operasi haji pada tahun ini akan ditentukan oleh bahagian kawalan dan standard kesihatan Covid-19 Arab Saudi.

Portal berita itu turut melaporkan Arab Saudi akan memastikan kesihatan dan keselamatan jemaah selain memastikan mereka dapat melaksanakan ibadah dengan mudah serta aman.

Setakat ini, jumlah jemaah dibenarkan menunaikan haji pada tahun ini belum diumumkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Mei 2021 @ 12:51 AM