FOTO dirakam pada 27 Januari dan dikeluarkan KCNA menunjukkan salah satu ujian senjata Korea Utara di lokasi yang tidak didedahkan. FOTO AFP
FOTO dirakam pada 27 Januari dan dikeluarkan KCNA menunjukkan salah satu ujian senjata Korea Utara di lokasi yang tidak didedahkan. FOTO AFP
AFP

Seoul: Korea Utara mengesakan menjalankan ujian peluru berpandu jarak jauh dan peluru berpandu balastik jarak dekat minggu ini, lapor media pada Jumaat sebahagian daripada pelancaran yang memecahkan rekod tahun ini.

Pyongyang sudah menjalankan enam ujian senjata sejak awal tahun ini termasuk peluru berpandu hipersonik, satu daripada ujian paling dahsyat dalam tempoh sebulan selain tidak mengendahkan tawaran perbincangan oleh Amerika Syarikat (AS).

Minggu ini, Korea Utara menjalankan ujian bagi menguji peluru berpandu jarak jauh selain ujian pengesahan kuasa kepala peledak konvensional untuk peluru berpandu taktikal permukaan ke permukaan," kata Agensi Berita Pusat Korea (KNCA).

KCNA berkata pada Selasa, ujian membabitkan peluru berpandu jarak jauh yang merentasi Laut Timur yang juga dikenali sebagai Laut Jepun dengan meledak sasaran pada jarak 1,800 kilometer (km).

Ujian pada Khamis menyaksikan peluru berpandu balastik jarak dekat menyasarkan 'pulau sasaran' selain membuktikan letupan peledak konvensional masih mematuhi ciri penggunaanya.

Ujian senjata yang dijalankan bulan ini berlaku selepas Kim Jong Un mengiktiraf semula komitmennya terhadap pemodenan ketenteraan pada ucapan penting parti pada Disember.

Washington mengenakan sekatan baharu sebagai tindak balas namun mendorong Pyongyang menggandakan ujian senjata dan membayangkan minggu lalu bahawa tidak menjejaskan sekatan dikenakan selama bertahun lamanya ekoran ujian nuklear dan jarak jauh yang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 January 2022 @ 10:06 AM