Wichai (tengah) pada sidang media mengenai rampasan 210 kilogram methamphetamine yang dirancang dihantar ke Malaysia. - FOTO Agensi
Wichai (tengah) pada sidang media mengenai rampasan 210 kilogram methamphetamine yang dirancang dihantar ke Malaysia. - FOTO Agensi
Agensi

Bangkok: Seorang wanita berusia 26 tahun ditahan bersama 210 kilogram methamphetamine yang disembunyikan dalam sofa untuk penghantaran ke Malaysia.

Pegawai dari Unit Petugas Penghalang Pelabuhan (SITF) menahan Supawaddee Iem-urai dari wilayah Samut Prakan selepas 210 pek yang dilabel sebagai teh dijumpai dalam 19 sofa yang akan dihantar ke Malaysia.

Setiap pek mengandungi sekilogram kristal methamphetamine.

Kesemua sofa berkenaan diletakkan dalam 10 kotak kayu, lapor Bangkok Post.

Ketua Setiausaha Lembaga Kawalan Narkotik (NCB), Wichai Chaimongkol berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai perancangan menghantar dadah yang disembunyikan dalam sofa pada 8 November lalu menggunakan firma logistik persendirian.

Ketika disoal siasat, Supawadee berkata, dia mengaku dibayar untuk menyeludup dadah berkenaan ke Malaysia.

Menurut Wichai, dadah jenis berkenaan sering dijumpai dalam bungkusan yang dihantar ke luar negara.

Penyeludup biasanya memasukkan dadah berkenaan ke dalam alat ganti kenderaan, pengaman udara atau pelbagai barangan lain.

Sejak Januari tahun ini, pihak berkuasa sudah merampas pelbagai jenis dadah yang dirancang untuk dihantar ke 13 negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 November 2021 @ 5:39 PM