REMAJA diikat di leher dengan nilon kerana mencuri tabung derma masjid di Desa Ceumpeudak, Banda Aceh. FOTO Agensi
REMAJA diikat di leher dengan nilon kerana mencuri tabung derma masjid di Desa Ceumpeudak, Banda Aceh. FOTO Agensi
Agensi

Banda Aceh: Seorang remaja lelaki diikat sebelum diseret penduduk kampung selepas mencuri tabung derma sebuah masjid, Rabu lalu.

Kejadian itu berlaku di Desa Ceumpeudak dan rakaman video menjadi tular melalui media sosial di negara berkenaan.

Remaja terbabit diikat tangan dan leher menggunakan tali nilon selepas ditangkap penduduk kampung.

Kejadian disahkan polis Tanah Jombo Aye AKP Ahmad Yani yang memaklumkan remaja terbabit mencuri untuk membeli makanan.

Ini kerana, katanya, bapa remaja terbabit terlantar di hospital dan dia terputus wang untuk membeli makanan. Akhirnya, remaja terbabit mencuri wang derma dari sebuah masjid untuk membeli makanan.

Kejadian itu diketahui bapa saudara remaja terbabit yang kemudiannya membayar semula wang yang diambil anak saudaranya.

"Wang itu sudah dikembalikan ke dalam tabung masjid oleh bapa saudara remaja terbabit," katanya.

Namun, keluarga remaja terbabit bersepakat untuk tidak memanjangkan isu terhadap pelaku yang mengasari remaja itu dan menganggapnya sudah selesai.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Mei 2021 @ 7:20 AM