FOTO fail pada 15 Mei menunjukkan sekumpulan penunjuk perasaan dari Lubnan memanjat pagar sempadan dengan Israel. FOTO EPA
FOTO fail pada 15 Mei menunjukkan sekumpulan penunjuk perasaan dari Lubnan memanjat pagar sempadan dengan Israel. FOTO EPA
AFP

Baitulmaqdis: Rejim zionis melancarkan artileri ke arah Lubnan pada Isnin susulan serangan roket dari negara itu ke Israel.

Tentera Israel berkata, enam cubaan serangan yang gagal melintasi Israel itu dikenal pasti dari Lubnan.

"Pasukan artileri menembak ke arah sumber pelancaran terbabit," katanya dalam kenyataan.

Sumber ketenteraan Lubnan memberitahu AFP bahawa tiga roket dilancarkan dari selatan Lubnan, di kawasan berhampiran sempadan, ke arah Israel.

Sebelum ini, tunjuk perasaan membantah serangan tentera Israel terhadap pejuang Palestin di Semenanjung Gaza, diadakan di selatan Lubnan yang menjadi kubu kepada musuh Israel iaitu Hizbullah.

Setakat ini, serangan rejim zionis di Semenanjung Gaza itu sudah menyebabkan lebih 200 orang terkorban.

Sebelum ini, seorang penunjuk perasaan warga Lubnan yang juga anggota Hizbullah, terbunuh dalam serangan Israel minggu lalu, ketika demonstrasi di sempadan negara itu.

Ia selepas sekumpulan penunjuk perasaan golongan muda cuba melintasi sempadan di utara Metula, lapor media Lubnan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Mei 2021 @ 8:42 AM