AHLI keluarga Tanani meratapi kematian keluarga yang terbunuh akibat serangan bom dari Israel. FOTO AFP
AHLI keluarga Tanani meratapi kematian keluarga yang terbunuh akibat serangan bom dari Israel. FOTO AFP
AFP

Gaza: Sekeluarga 10 orang terbunuh awal pagi ini akibat serangan udara dari Israel di bandar ini, kata pasukan perubatan Palestin.

Lapan kanak-kanak dan dua wanita, yang kesemuanya dari keluarga Abu Hatab, terbunuh dalam bangunan tiga tingkat di kem pelarian Shati yang runtuh akibat serangan udara Israel.

Semalam, satu keluarga terbunuh selepas serangan bom dilakukan Israel yang menyasarkan laluan disekat.

Keluarga Tanani yang terdiri daripada bapa, ibu mengandung dan empat anak mereka, berada di kediaman mereka di Beit Hanoun ketika Israel melepaskan bom di kawasan berkenaan tanpa sebarang amaran.

Seluruh kawasan itu musnah, termasuk kediaman keluarga berkenaan.

Ra'fat Tanani, 38, isterinya yang hamil, Rawiye, 35, dan anak mereka, Ismail, 6, Ameer, 5, Adham, 4, dan Mohammad, 3, terbunuh dalam serangan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Mei 2021 @ 2:40 PM