PETUGAS menyediakan dos vaksin untuk pemandu gojek (teksi motosikal) di sebuah pusat vaksinasi di Jakarta. FOTO EPA
PETUGAS menyediakan dos vaksin untuk pemandu gojek (teksi motosikal) di sebuah pusat vaksinasi di Jakarta. FOTO EPA
Agensi

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia mengesan varian Covid-19 dari India, dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1.

Ia disahkan oleh Kementerian Kesihatan negara itu.

Pengarah Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Berjangkit Siti Nadia Tarmizi berkata, ia dikesan menerusi dua kes dengan varian itu di Jakarta.

Selain itu, Indonesia sebelum ini turut mengesahkan varian Covid-19 dari Afrika Selatan turut dikesan di negara itu.

Pihak berkuasa negara itu sebelum ini mengeluarkan larangan mudik iaitu pergerakan pulang ke kampung sempena tahun ini bagi mengekang penularan Covid-19.

Setakat ini, Indonesia merekodkan 1.68 juta kes Covid-19 dengan lebih 45,00 kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Mei 2021 @ 12:55 PM