Orang ramai beratur untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Hong Kong. - FOTO EPA
Orang ramai beratur untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Hong Kong. - FOTO EPA
Agensi

Hong Kong: Pihak berkuasa kesihatan Hong Kong mengesan varian Mu Covid-19 pada tiga individu yang tiba di wilayah khas China itu baru-baru ini.

Dua daripada mereka tiba dari Colombia manakala seorang lagi tiba dari Amerika Syarikat (AS).

Kes berkenaan dikesan pada Jun dan Julai lalu, lapor SCMP.

Varian baru Covid-19 itu bagaimanapun tidak menular dalam kalangan masyarakat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan varian Mu sebagai varian yang perlu diberi perhatian (VOI) iaitu yang kelima dipantau setakat ini.

Ketika ini, masih tidak jelas sama ada vaksin Covid-19 menyediakan perlindungan sepenuhnya terhadap mutasi varian berkenaan.

Kes jangkitan pertama membabitkan varian Mu dikesan di Colombia pada Januari lalu.

Ia sudahpun merebak ke lebih 39 lokasi.

Menurut pakar, sekitar 4,500 orang di merata dunia dijangkiti varian berkenaan yang secara saintifik dikenali sebagai B.1.621.

Separuh daripada kes yang dikesan adalah dari AS.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 September 2021 @ 7:21 PM